Halaman

Pengikut

Khamis, 16 September 2010

Kenali Perangai BOSS Anda jika mahu berjaya part 1


1. BOS YANG LEMAH..

Bos seperti ini hakikatnya tidak berminat sama sekali menjadi bos. Kelakuannya beragam-ragam. Dia mahu disukai oleh orang lain dan bencikan konflik serta risiko. Dia amat lemah dalam kemahiran mengurus,tetapi tidak bersedia mempelajarinya. Berdepan dengan bos sebegini memerlukan kita mengenal pasti masalah-masalah yang ada dan manghindarkan diri daripada memperkatakan apa yang menjadi kebenciannya. Jika dia tidak mahu mengambil peranan kepimpinan,berhubunglah dengan bos kepada bos itu.
Ambil inisiatif bagi melaksanakan kerja-kerja yang perlu,tetapi jangan lupa memaklumkannya perkembangan yang berlaku dalam organisasi. Jadikan hidupnya menyenangkan. Dia tetap perlu dimaklumkan dengan isu-isu kritikal sahaja supaya tindakan anda mendapat sokongannya apabila timbul apa-apa pertelingkahan dikemudian hari.

2. BOS YANG SUKA BERPOLITIK..

Bos sebegini selalunya mempunyai agenda tertentu dan hanya merujuk kepada anda sekiranya anda mampu menyempurnakan agendanya. Dia juga tidak teragak-agak mengorbankan anda sebagai 'kambing hitamnya' apabila matlamatnya terjejas. Kepada bos sebegini,penuhilah impiannya dengan menjadikan mereka kelihatan hebat dengan kejayaan projek-projek yang strategik.
Anda pula,hanya perlu memfokuskan kepada kerja-kerja yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja, tetapi kurang glamour. Anda juga perlu ingat bos sebegini pasti bertindak balas atau sanggup menghapuskan anda jika kedudukan dan agendanya terancam.Jika perlu,maklumkan ke pengetahuan pihak atasan peranan penting bos sebegini kepada projek supaya dia merasa bangga dengan tindakan kita mengharumkan namanya.Anda tidak rugi berbuat demikian kerana masa anda naik pasti tiba juga apabila bos sebegini naik kerana kejayaanya bergantung pada anda.

3. BOS HITAM PUTIH..

Bos dalam kategori ini berada dalam kekeliruan dan sukar memahami sesuatu. Dia tidak memahami konteks sesuatu perkara dan idea-idea yang sukar. Jika demikian keadaannya,layanilah bos sebegini seperti mana kita melayani anak anak kecil. Berikan dia maklumat-maklumat yang mudah berserta sokongan data-data yang meyakinkan. Jangan cuba memaksanya memahami perkara sukar dan memeningkan kepalanya sahaja.

4. BOS YANG GHAIRAH PADA PERKARA-PERKARA KECIL..

Biar betapa kerap dan baik pun anda melakukan sesuatu,bos sebegini sentiasa mencari kesalahan anda. Tentu anda merasa sangat kecewa dan hilang upaya bila berdepan dengan nya. Mengapa dia begitu tidak mempercayai anda ?? Ini mungkin disebabkan dia tidak sanggup menerima kegagalan.
Bagi bos sebegini,berilah maklumat yang lengkap dan meyakinkan dirinya. Sentiasa mengambil langkah-langkah yang berhati-hati ketika melaksanakan kerja anda. Bos sebegini sangat cerewet. Serba serbi hendak diambil tahu sehingga anda seringkali merasa rimas.Anda perlu bersabar dan memberikan maklumat sebagaimana yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis