Halaman

Pengikut

Khamis, 16 September 2010

Citra Pedih Sebuah Rumah Api


Yang pasti ini bukan di Pedra Branca
Hanya sebuah citra biasa rumah api di sebuah negeri
Baktinya saban malam kelam
Hanyalah mengerdip dan mengerdip cahaya tulus
Memberi bantuan buat bahtera yang lalu lalang
Agar tidak karam melanggar teluknya
Tulus seri cahaya nya
Bukanlah gambaran rasa diri
Kerana di sini daerah asing yang amat sepi
Yang mendebur hanyalah ombak
Sedangkan sekali-sekala camar hinggap dan pergi
Senyum pulasnya turut mendebar dalam debur yang membaur
Tatkala keputusan ICJ menggema di The Hague
Akh!! konyolnya mereka...
Pedra Branca si Batu Puteh punya siapa?
Rumahkukah yang mereka rebutkan?
Atau sebenarnya sebuah pulau yang sudah lama dilupakan
Namun mempunyai seribu makna dan kepentingan
Wahai tuhanku hanya Engkaulah Maha Yang tahu
Kenapa kesunyian yang lazat itu juga turut terganggu
Seperti celarunya tatkala menerima khabar siapa si pemunya
Si Pedra Branca itu!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis