Halaman

Pengikut

Khamis, 16 September 2010

Kenali Perangai BOSS Anda jika mahu berjaya part 2




BOS YANG HALIMUNAN..

Anda tentu menjadi tidak tentu hala kerana bos ini tidak memandu anda dalam melaksanakan sesuatu kerja.Wujud ataupun tidak wujudnya bos ini tidak membantu anda kerana dia adalah halimunan. Halimunan mungkin kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan lain,tidak mahu mengambil tahu ataupun tidak mahir dalam sesuatu perkara dan hanya membiarkan anda sahaja bergelut dengannya.
Bagi bos ini,anda perlulah menggunakan kemahiran komunikasi anda dengan memberikannya maklumat yang lengkap, ringkas dan mudah.Mudahkan dia supaya dapat memberikan keputusan yang anda mahukan.Tunjukkan arah tuju,perancangan dan matlamat kepada kerja anda. Ikatlah dirinya dengan komitmen secara berkala.

BOS YANG HANYA MEMENTINGKAN KERJA SAHAJA.


Bos ini memerah keringat dan idea anda semaksimal mungkin sehingga anda mungkin terpaksa melupakan dunia sebenar anda di luar pejabat.Anda mungkin tidak dapat bertahan lama dengan bos sebegini. Cubalah cari peluang menerangkan kepadanya bahawa anda memerlukan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan.

BOS YANG TERUK..

Dia sangat tidak beradab dan merasa seronok melihat anda gagal. Dia menunjukkan sikap buruknya terhadap anda sehingga anda merasa bosan dengannya.

JENIS BOS YANG TERUK IAITU:


-Bos yang tidak mendengar dengan baik.

-Bos yang bersifat autokratik.

-Bos yang enggan membuat sebarang keputusan.

-Bos yang cenderung mengambil kisah dan mencampuri perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh

-Bos yang suka mencari masalah dengan sesiapa saja.

-Bos yang lebih berminat mendapat pujian atas kejayaan yang dicapai.

Walau bagaimanapun rupa bos anda, sebenarnya anda mempunyai dua pilihan.Sama ada berterusan bertahan dengannya sehingga anda mencapai kejayaan yang melayakkan anda pula bergelar bos atau segera mengangkat kaki meninggalkan organisasi tu. Buatlah pertimbangan yang sewajarnya kerana mencari bos yang terbaik adalah sama beratnya kepada sesebuah organisasi pekerja yang terbaik. Peranan anda adalah berkerja dengan baik,cekap serta memajukan diri anda mencapai matlamat anda.Jika bos anda gagal membantu anda mencapai hasrat itu,apalah guna lagi terus berhempas pulas bersama-sama organisasi sebegini.
Anda perlu ingat pentingnya peranan bos kepada diri dan kerjaya anda adalah sangat penting.
Bos lahir dari pelbagai sumber.Ada yang berhemas pulas dari bawah dan ada juga masuk sahaja ke dalam organisasi terus menjadi bos ,biarpun umur dan pengalaman baru setahun jagung. Ada juga yang menjadi bos secara kebetulan ataupun dengan tidak sengaja.
Bermacam-macam lagi cara seseorang itu mendapat gelaran bos..
Dan kalau ANDA SENDIRI ADALAH BOS. Tidak kira bos kecik atau bos besar...
DIMANA KATEGORI ANDA???

1 ulasan:

  1. info yg menarik....wlpn saye lom kerja, tp leh la guna utk masa depan nih...thanks...;)

    BalasPadam

ShareThis