Halaman

Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

Beruang Kutub Lenyap, Manusia Bahaya!


Beruang kutub lenyap, manusia bahaya!
Itulah mesej yang jelas apabila ais laut yang menjadi habitat haiwan itu semakain mencair akibat pemanasan global. Pengecilan saiz kawasan ais itu menghadkan kawasan pemburuan masyarakat Eskimo selain turut mengancam habitat semula jadi seperti beruang-beruang kutub, anjing laut, dan hidupan-hidupan lain yang mendiami Kutub Utara.

Beruang Kutub ialah sejenis haiwan karnivor yang hanya mendiami kawasan Artik. Spesies haiwan ini unik kerana mampu berenang sehingga 100 kilometer tanpa henti dan bergantung pada ais laut sebagai pelantar untuk memburu anjing laut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, dua per tiga daripada populasi beruang kutub atau kira-kira 16,000 ekor haiwan karnivor itu mungkin lenyap menjelang 2050 akibat fenomena pemanasan global.

Kajian saintis terhadap ais di Kutub Utara sebelum ini menunjukkan bahawa ais disana akan hapus dalam tempoh 65-75 tahun lagi. Ramalan ini mengingatkan kita bahawa ais akan hilang pada tahun 2070-2080.

Bagaimanapun, kajian dan data-data terbaru saintis termasuk imej satelit mendapati hayat ais di Kutub Utara dijangka lenyap dalam tempoh 20-30 tahun sahaja akibat pemanasan global yang tidak terkawal.

Ramalan terbaru saintis ini dibuat selepas mengambil kira faktor pencairan ais laut semakin drastik kebelakangan ini. Jika ramalan itu tepat, maka pada 2070-2080, Kutub Utara sama sekali akan kehilangan ais. Manusia boleh ke Kutub Utara tanpa halangan ais seperti sekarang. Laluan Maritim ke sana berjalan lancar.

Waktu itu, segala-galanya lenyap sama sekali. Tiada lagi haiwan seperti Beruang Kutub atau Anjing Laut menunggu kedatangan kita. Kutub Utara bertukar menjadi lautan terbuka. Malah, Kutub Utara mungkin menjadi destinasi terbaru untuk dikunjungi pelancong. Tapi, manusia mesti ingat!!! Jika beruang kutub lenyap ia petanda malapetaka besar bakal melanda manusia.

Mahatma Gandhi pernah berpesan: ''Kita bukan mewarisi alam ini daripada nenek moyang kita tetapi meminjamnya daripada anak cucu kita, maka adalah satu dosa jika kita terus mengabaikan tanggungjawab ini semata-mata demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah, jika alam semakin bosan dengan sikap manusia, tidak ada apa yang dapat menghalangnya menunjukkan kemarahannya pula!!!''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis