Halaman

Pengikut

Khamis, 14 Oktober 2010

Apakah Engkau MASIH HIDUP Sebulan Lagi???



Suatu ketika, putera Amirul Mukminin sayidina Umar al-Khattab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis. Umar bertanya, ''Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai anakku?''

Jawab anak Umar itu,

''Kawan-kawan di tempat pengajian menghitung tampalan pada bajuku. Mereka berkata, lihatlah anak Amirul Mukminin ini, berapa tampalan yang ada di bajunya?''

Umar sendiri pakaiannya terdapat 14 tampalan dan sebahagiannya ditampal dengan
kulit haiwan. Lantas Umar menulis surat kepada Bendahari negara dan di dalam surat itu beliau merayu,

''Berilah hutang empat dirham kepadaku dari Baitulmal. Apabila datang awal bulan nanti,potonglah gajiku.''

Bendahari membalas surat Umar itu dengan mengatakan,

Wahai Umar, apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonanmu itu? Apakah yang akan engkau perbuat dengan wang Baitulmal jika engkau mati, sedangkan wang itu masih dalam tanggunganmu?''

Setalah membaca surat balasan dari Bendahari Negara, Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya,

Wahai anakku, pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walau sesaat.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis