Halaman

Pengikut

Sabtu, 18 September 2010

Katakan INI & bukan ITU kerana


Ramai wanita menganggap lelaki sukar utk difahami. Lain dimulut,lain dihati. Benarkah begitu?? ada kalanya apa yang terucap di bibir lelaki membuatkan wanita semakin syak wasangka dan sering tak puas hati dgn jawapan yang diberi. So guys! Pastikan apa yang anda ucapkan dibibir itu seiring sejalan dgn yang terbuku dihati...

kejadian 1:

Katakan ini: ''Apa yang awak fikirkan tentang perkara tersebut?''
Bukan itu: ''Mengapa awak fikir begitu?''
Kerana: Si dia tahu bagaimana menjawab persoalan pertama, tapi jika dilemparkan soalan kedua, si dia akan BLUR utk menjawabnya.

Kejadian 2

Katakan ini:

Saling teruja,mempunyai keserasian yang kuat dan persamaan sikap tidak bermakna 100 peratus anda dan si dia saling memahami antara satu sama lain.

Katakan ini: ''Saya berharap sangat apa yang saya katakan ini mampu membuatkan awak faham.''
Bukan itu: ''Awak betul-betul tidak memahami saya.''
Kerana: Miscomunication atau salah faham sering terjadi dalam perhubungan dua hala.

Kejadian 3:

Ada sesuatu perkara yang ingin diluahkan dr hati ke hati dan penuh tulus??

Katakan ini: Jom kita pergi bersiar-siar,bolehlah kita bersembang panjang.
Bukan itu: Kita perlu bersemuka dan terus terang agar semuanya jelas dan nyata tanpa sebarang keraguan.
Kerana: Jika bersikap terlalu berterus terang,bimbang si dia berkecil hati atau tersentap. Maklumlah kaum wanita bersifat sensitif,mudah terasa hati. Men's prefer to use body language compare to verbal communication.

1 ulasan:

  1. like they say, "women are from venus and men are from mars".. kita bercakap lain cara, tapi kalau ada compromise lebih senang untuk faham satu sama lain

    BalasPadam

ShareThis