Halaman

Pengikut

Sabtu, 20 Oktober 2012

Apabila Menjadi Takut Untuk Berkahwin


Pada hari ini banyak filem mahupun drama kita dihidangkan dengan kisah penceraian dan pergaduhan sesama suami isteri. Hal itu menyebabkan ada terpengaruh dan menjadikan alasan tersebut takut untuk
berkahwin. Samalah seperti situasi di bawah ini, di mana ia melihat alam rumah tangga keluarganya porak peranda, jadi timbulnya sifat ragu-ragu. Ikuti soal jawab di bawah ini.
Soalan:
Alam rumahtangga abang dan kakak saya kerap kali dilanda pergaduhan dan kesedihan, demikian juga di kalangan saudara-mara saya. Di antaranya ada yang berakhir dengan penceraian atau di ambang penceraian. Semua ini menyebabkan saya takut dan ragu-ragu untuk berkahwin. Apakah yang patut saya buat?
Jawapan:
Kenyataan di atas memang benar, namun ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk takut berkahwin. Sebaliknya hendaklah diteruskan hajat berkahwin dengan keazaman untuk menjadikan alam rumahtangga anda lebih baik berbanding selainnya.
Pada pengamatan saya, banyak pasangan berkahwin tanpa fokus yang cukup berkenaan alam perkahwinan. Bagi mereka fokus perkahwinan hanya ditumpukan kepada hari perkahwinan sementara apa yang berlaku selepas itu dibiarkan sahaja, hanyut dalam mengikut arus kehidupan. Segala perancangan, kreativiti dan semangat dicurahkan kepada kebahagiaan sehari sementara ribuan hari selepas itu diabaikan. Maka hendaklah anda dan bakal pasangan anda mengubah kesalahan ini dengan tetap memberi fokus kepada membahagiakan hari-hari selepas hari perkahwinan.
Faktor kedua, banyak pasangan yang tidak mencari ilmu berkenaan alam rumahtangga. Mereka menyangkakan ia adalah sesuatu yang fitrah dan boleh ditempuh secara mudah. Oleh itu ada yang yang berpendidikan hingga ke tahap Master dan PhD tetapi pendidikan mereka berkenaan alam rumahtangga tetap di bangku tadika. Mereka mencari ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya sementara ilmu rumahtangga tidak disentuh. Sepatutnya ilmu rumahtangga perlu dicari dengan lebih gigih kerana kebahagiaan di rumah akan menghasilkan kecemerlangan di tempat kerja jua.
Terakhir, pergaduhan adalah sesuatu yang lumrah dalam alam rumahtangga. Sayang sekali, ramai yang sekadar ingin melupakan pergaduhan dan berharap ia tidak akan berulang. Sikap yang benar ialah tidak melupakan pergaduhan, sebaliknya hendaklah diingati dengan objektif mengkaji sebab-sebab ia berlaku dan bagaimana untuk mengelaknya dari berulang lagi.
Melayukini.net - Seperti perumpamaan Melayu, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sebagai seorang suami, haruslah memastikan bahtera yang dilayarinya teguh biarpun ada ombak yang datang melanda. Isteri pula harus bersama-sama membantu suami mengemudi bahteranya. Walaubagaimanapun, kita perlu yakin bahawa Allah SWT bersama-sama dengan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis