Halaman

Pengikut

Selasa, 21 Ogos 2012

Ciri Pemimpin Perwatakan Rasul (Menarik!)


Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin
Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah
iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan. Ketahui apakah Ciri Pemimpin Perwatakan Rasul.
1. Lemah-lembut
2. Kasih sayang dan pemurah
3. Tidak emosi
4. Mendoakan penentang
6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati
7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga
8. Tenang menerima ujian
9. Tidak senang dengan pujian
10. Tidak menjawab kejian
11. Marahnya dalam batas syariat
12. Selalu memberi maaf
13. Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah
14. Mendengar pandangan
15. Peka dengan kehidupan rakyatnya
16. Sangat sabar dengan kerenah manusia
17. Adil pakaiannya
18. Pemurah tradisinya
19. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras
20. Tidak mengugut sesiapa
21. Tidak kecewa dan putus asa
22. Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawanya.
23. Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh.Prinsip hidupnya adalah syariat Tuhan yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang zaman.
24. Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam memahamkan sesuatu ajaran Islam.
25. Tidak menjawab tuduhan. Atau kalau perlu menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan menghilangkan fitnah.
26. Tidak mendabik dada atas kejayaan, untuk menghindari syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang menempah kejayaan.
27. Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-jasanya.
28. Merendah diri atau tawadhuk.
29. Bercakap bila perlu, dan banyak diamnya.
30. Tiada kerja yang sia-sia.
31. Dirinya menjadi contoh atau model
sumber melayu kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis