Halaman

Pengikut

Sabtu, 12 Mei 2012

Hukum Meraikan Sambutan Hari Ibu



Sudah pasti semua orang sudah biasa dengan ucapan “Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya, Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya.


8 Mei 2011 (atau lebih tepat lagi, pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei) ianya disambut di negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe

Manakala, 1 Mei 2011 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain. 24 Mei 2011 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia. 22 Mac 2011 bagi negara Ireland, Nigeria, United Kingdom. 12 Ogos 2011 bagi negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit dan 22 Disember 2011 bagi Republik Indonesia.

Kalau dikira dan dicongak ada tak sampai sebulan untuk sambut hari ibu. Kalau sesiapa yang ada niat nak beri ibu mereka hadiah bolehlah menabung dari sekarang untuk menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada ibu yang telah melahirkan kita semua di dunia ini.


Sambutan hari ibu menimbul isu kerana terdapat artikel dari wikipedia mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

"Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac. Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini".

Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian berdasarkan beberapa artikel yang ditemui semasa mencari sumber mengenai kesahihan dan hukum sebenar mengenai sambutan hari ibu ni, dari mysuperkids.net yang menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai sambutan hari ibu:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibubapa ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak-anaknya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.

Garis panduan yang dikeluarkan oleh pejabat Mufti Selangor boleh dilawati di laman web rasmi Jabatan Mufti Selangor.

Pada masa yang sama, di dalam satu blog Hanafiyah yang menjawab persoalan mengenai sambutan hari ibu ni yang dijawab oleh pemilik blog tu macam ni:

Soalan:

Salam,
Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya. Namun, di Singapura pada pengamatan saya pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.


Jawaban:


Alasan-alasan keharusannya, ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ini sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dengan hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, sesuatu yang dilarang oleh agama. Maka, sudah tentu, elok ia dilarang untuk tutup pintu kejahatannya.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ini) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

Pihak JAKIM juga pada 15 Mei 2009 telah mengeluarkan khutbah jumaat berkaitan hari seorang ibu, pada pandangan dan pemahaman, umat islam perlu berhati-hati dan memastikan apa jua sambutan tidak melanggar hukum syariat.

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, sehebat mana individu itu, kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.



Sumber Gold Amanah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis