Halaman

Pengikut

Khamis, 30 September 2010

''Aku Makan Separuh Saja''

Pada suatu ketika, Nabi Sulaiman A.S bertanya kepada seekor semut..
''Berapakah rezeki kamu dalam setahun?''
Semut menjawab..
''Sebutir biji gandum.''

Maka Nabi Sulaiman A.S pun mengambil semut itu dan diletakkan di dalam sebuh botol bersama sebutir biji gandum. Nabi Sulaiman A.S menutup botol tersebut dan meninggalkannya di suatu tempat. Genap setahun Nabi Sulaiman membuka botol tersebut dan terkejut apabila melihat semut itu hanya memakam separuh sahaja biji gandum itu.

Nabi Sulaiman A.S pun bertanya,
''Mengapa engkau makan separuh sahaja biji gandum ini? Kenapa tidak habiskan semuanya?''
Semut pun menjawab,
''Kerana tawakalku selalu kepada ALLAH, maka aku memakan sebutir biji gandum. Aku amat yakin kepada ALLAH. Dan ALLAH tidak pernah melupakanku. Tetapi sekarang tawakalku kepadamu, maka aku makan separuh sahaja.''

Aku berkata dalam hati, jika Nabi Sulaiman A.S melupakanku tahun ini, aku boleh makan separuh lagi pada tahun berikutnya.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis