Halaman

Pengikut

Sabtu, 11 September 2010

Mengenali Perwatakan Orang Dari Kumpulan Darah

Perwatakan Orang Dari Kumpulan Darah A..

1.Biasanya orang yang dari kumpulan darah jenis A ini kepala angin,serius,tenang dan sabar.

2.Orang yang tergolong dalam kumpulan darah jenis ini juga mempunyai perwatakan yang tegas,boleh bertimbang rasa dan dipercayai juga terlalu keras kepala.

3.Sebelum melakukan sesuatu,mereka terlebih dahulu memikirkannya dan merancangnya setiap apa pun secara matang.Mereka melakukan semuanya dengan bersungguh-sungguh dan secara tidak tetap.

4.Mereka berusaha membuatkan diri mereka memiliki kesesuaian dan seideal mungkin.

5.Mereka boleh kelihatan suka menyendiri dan jauh dari orang lain.

6.Mereka sering cuba memaksa perasaan mereka sehinggakan mereka kelihatan agak sukar untuk dilenturkan.Biarpun mereka sebenarnya mempunyai kelemahan seperti gugup dan lain-lain

7.Mereka lebih terdorong terhadap orang-orang yang tidak sependapat dengannya.Oleh itu,mereka lebih suka berada disekeliling orang-orang yang berketerampilan yang sama...


Perwatakan Orang Dari Kumpulan Darah Jenis B

1.Orang yang didalam kumpulan darah jenis B ini,lebih terdorong dengan sikap semula jadinya dan tertarik terhadap segalanya.

2.Mereka juga lebih suka mempunyai terlalu banyak hobi dan kegemaran.Kalau sedang leka atau sukakan sesuatu,biasanya mereka akan tumpukan sepenuhnya,akan tetapi mereka akan cepat merasa bosan.

3.Kebiasaannya mereka boleh memilih mana yang lebih penting dari banyak perkara yang akan dilakukannya.

4.Mereka lebih suka untuk menjadi yang nombor satu dalam pelbagai hal persaingan dan hanya dianggap sama rata.Biasanya mereka lebih suka mengabaikan sesuatu jika tertumpu dengan kesibukan perkara lain.Ini bermakna,mereka tidak boleh melakukan sesuatu secara serentak.

5.Jika dilihat sifat luarannya,mereka seperti orang yang berjaya,riang,teguh dan bersemangat.Akan tetapi,mereka sebenarnya bukanlah seperti yang disangkakan dan amat berbeza sekali dengan sikap luaran mereka.

6.Mereka bolehlah dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul atau bercampur dengan orang ramai.


Perwatakan Orang Dari Kumpulan Darah Jenis O..

1.Orang yang terdiri dari kumpulan darah jenis O,biasanya mereka mempunyai peranan dalam mencipta keghairahan untuk sesuatu kumpulan.Malah juga berperanan dalam menciptakan sesuatu keharmonian diantara ahli-ahli kumpulan tersebut.

2.Bentuk peribadi mereka adalah kelihatan sebagai orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang.Mereka pandai menyembunyikan sesuatu sehingga mereka kelihatan seperti sentiasa gembira,tenang dan tidak mempunyai sebarang masalah.Akan tetapi,jika terlalu lama dipendam dan tidak tertahan lagi,mereka pasti akan mencari tempat atau seseorang untuk meluahkan perasaan (tempat untuknya mengadu)

3.mereka biasanya seorang yang pemurah (baik hati) suka mellakukan kebajikan.Mereka seorang yang dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.

4.Mereka biasanya disayangi oleh semua oramg.Tetapi,mereka sebenarnya seorang yang kepala dan diam-diam mempunyai pendapat mereka sendiri tentang pelbagai hal.

5.Dipihak lain pula,mereka boleh diharap dan sangat mudah menerima perkara-perkara yang baru.

6.Mereka lebih mudah dipengaruhi orang lain dan oleh sesuatu yang mereka lihat dari televisyen.

7.Mereka kelihatan agak kepala dingin dan terlalu percaya,tetapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati.Akan tetapi,disebabkan itulah juga yang menyebabkan mereka yang tergolong dalam kumpulan darah jenis O ini disayangi.


Perwatakan Orang Dari Kumpulan Darah Jenis AB..

1.Orang yang tergolong dalam kumpulan darah jenis AB ini mempunyai perasaan yang agak sensitif dan lembut.

2.Mereka sentiasa beri perhatian terhadap perasaan orang lain dengan sikap ambil tahu serta berhati-hati.

3.Mereka kelihatan agak tegas kepada diri mereka sendiri dan juga terhadap orang lain yang rapat dengannya.

4.Mereka lebih suka memperlihatkan diri mereka mempunyai dua peribadi.

5.Mereka sering menjadi orang yang terlalu peka dan memikirkan sesuatu terlalu mendalam.

6.Mereka mempunyai ramai kawan,tetapi mereka memerlukan masa untuk menyendiri bagi memikirkan segala persoalan dalam diri mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ShareThis